CARA-CARA SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
1. Sebelum menunaikan solat sunat istikharah, kosong kan fikiran dan lapangkan dada dan serahkan keputusan itu di tangan Allah. Jangan difikirkan sama ada sesuatu itu elok di buat atau tidak.
2. Setelah berwudhu’, berdiri tegak dan mengangkat takbir seperti dalam solat sunat lain yang biasa.
3. Niat:
اُصَلِّيْ سُنَّةَ الاِسْتِخَارَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالٰى
Usolli sunnatal istikhoroti raka’ataini lillah ta’ala.
Maksudnya:
"Sahaja aku solat sunat istikharah 2 raka'at tunai kerana Allah Ta'ala."
4. Bacaan surah yang sunnah di dalam solat sunat istikharah:
Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
5. Setelah selesai sembahyang istikharah, bacalah doanya. Dan apabila tiba pada (....) fikirkan tentang perkara yang diinginkan. Seeloknya tidak berbual selepas menunaikan sembahyang ini.
اَللَّهُمَّ اِنِّيْ اَسْتَخِيْرُكَ بِعِلْمِكَ وَ اسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَ اَسْاَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ، فَاِنَّكَ تَقْدِرُ وَ لاَ اَقْدِرُ وَ أَنْتَ تَعْلَمُ وَ لاَ اَعْلَمُ وَ أَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوْبِ.
اَللَّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اَنَّ هَذَا الْاَمْرَ (......) خَيْرٌ لِّيْ فِيْ دِيْنِيْ وَ مَعَاشِيْ وَ عَاقِبَةِ اَمْرِيْ فَاقْدِرْهُ لِيْ وَ يَسِّرْهُ لِيْ ثُمَّ بَارِكْ لِيْ فِيْهِ.
اَللَّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اَنَّ هَذَا الْاَمْرَ (.....) شَرٌّ لِّيْ فِيْ دِيْنِيْ وَ مَعَاشِيْ وَ عَاقِبَةِ اَمْرِيْ فَاصْرِفْهُ عَنِّيْ وَ اصْرِفْنِيْ عَنْهُ وَ اقْدُرْ لِيَ الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ ارْضِنِيْ بِهِ.
Allahumma inni astakhiruka bi ‘ilmika wa astaqdiruka bi qudrotika wa as aluka min fadlikal ‘azheem, fa innaka taqdiru wa la aqdiru wa anta ‘allaamul ghuyub.
Allahumma in kunta ta’lamu anna hazhal amro (....) khoirulli fi deeni wa ma’ashi wa ‘aqibati amri, faqdirhu lii wa yassirhu lii thumma baarik lii fiihi
Allahumma in kunta ta’lamu anna hazhal amro (....) sharrulli fi deeni wa ma’ashi wa ‘aqibati amri, fa asrifhu ‘anni wa asrifni ‘anhu waqdir liyalkhairo haithu kaana thumma roddinii bihi
Maksudnya:
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Engkau terhadap pilihan yang baik menurut ilmu Engkau, dan aku memohonkan penetapan dengan kekuasaan-Mu, serta memohon anugerah Engkau yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa, sedangkan aku tidak berkuasa. Engkau Maha Tahu, sedangkan aku tidak mengetahui, Engkaulah Yang Mengetahui segala yang ghaib."
"Ya Allah! Jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini (....) baik bagiku, di dalam agamaku, di dalam kehidupanku dan akibat urusanku, maka takdirkanlah kepadaku Dan mudahkanlah ia bagiku, kemudian berkatilah aku dalam urusanku ini."
"Dan sekiranya Engkau Mengetahui bahawa urusanku ini (....) tidak baik bagiku, di dalam agamaku, di dalam kehidupanku dan akibat urusanku, maka hindarkanlah perkara itu daripadaku dan selamatkanlah aku daripadanya, dan takdirkanlah kepadaku sesuatu yang lebih baik di mana sahaja ia berada, kemudian redhailah aku dengan itu."
Ulasan
Catat Ulasan