KHASIAT SURAH AL-WAQIAH
Di dalam surah Al-Waqiah terkandung beberapa fadhilat dan khasiat, antaranya :
1. Mereka yang membacanya sebagai wirid, Insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.
2. Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
3. Mereka yang membacanya sebanyak 14x setiap lepas Solat Asar, Insya’Allah akan dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.
4. Jika dibaca surah ini sebanyak 41x dalam satu majlis, Insya’Allah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
5. Menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3x selepas Solat Subuh dan 3x selepas Solat Isyak. Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
6. Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki; Insya’Allah berhasil:
- Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat.
- Selepas tiap solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya.
- Pada malam Jumaat berikutnya, selepas solat Maghrib bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali dan selepas solat Isyak sebanyak 125 kali.
- Diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali.
Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah.
Kemudian amalkanlah Surah Al-Waqiah ini sekali pada waktu pagi dan petang.
7. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7x. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga .
Ulasan
Catat Ulasan