AMALAN SURAH PILIHAN
1 - Selepas solat Subuh baca surah Yassin.
(dijanjikan apa yang kita kehendaki pada hari itu akan ditunaikan. Wallahua'lam)
2 - Selepas solat Zohor baca Surah Ar-Rahman. (Untuk lahirkan sifat syukur, mengingatkan kita tentang kebesaran Allah SWT & segala nikmat yang telah Dia berikan kepada kita)
3 - Selepas solat asar, baca surah An- Naba'. (Allah SWT akan mengampunkan segala dosa kita kecuali dosa syirik)
4 - Selepas solat Maghrib baca surah Al-Waqiah. (dijanjikan siapa yang amalkan baca, kemiskinan dan kebuluran tidak akan dihadapinya, Wallahua'lam)
5 - Selepas solat isyak baca surah Al-Mulk dan As-Sajdah.
(Untuk menghindari diri daripada seksa kubur. Rasulullah saw tak akan tidur selagi 2 surah ini tidak di baca)
6 - Pada malam atau hari Jumaat, baca surah Al Kahfi. ( Untuk elak dan selamat daripada fitnah Dajjal).
7 - Sebelum tidur baca ayat Kursi. Untuk lindungi dan memagar diri daripada gangguan kejahatan dan juga baca surah Al- ikhlas 3 kali.
Ulasan
Catat Ulasan